MENYELAM LAH DALAM DIRI KU
Wahai Nur Ku , Nur Muhammad !
Menyelamlah engkau sedalam dalamnya hingga engkau betul betul lenyap binasa dirimu hingga engkau tiada lagi wujud dirimu.
Wahai Nur Muhammad ! Pabila engkau masih berwujud dirimu sendiri . maka engkau masih terhijab dengan-KU.
Sedangkan
* yang kuat.
* yang berkemahuan.
* yang mengetahui.
* yang hidup.
* yang mendengar.
* yang melihat.
* yang berkata kata
tiada lain melainkan Diri-Ku semata mata.
Oleh itu ,
* fanakan zatmu di dlm Dzat-Ku.
* fanakan sifat di dalam sifat-Ku.
* fanakan perbuatanmu di dlm perbuatan-Ku.
Ini kerana yang ada hanyalah :
* DiriKu semata.
* sifatKu semata.
* perbuatanKu semata.
Engkau wahai Nur Ku ya Muhammad !
* hanyalah bayang bayang-KU semata.
* hanyalah bayang bayang wujud-Ku semata.
* hanyalah bayang bayang perbuatan-Ku semata.
Bila Aku wujud , maka adanya bayang bayang wujud-Ku padamu.
Bila aku kuasa maka adanya bayang bayang kuat-Ku padamu.
Bila Aku berkehendak maka adanya bayang bayang kemauan-Ku padamu.
Bila Aku mengetahui maka ada bayang bayang pengetahuan-Ku padamu.
Bila Aku hidup maka adanya bayang bayang hidup-Ku padamu.
Bila Aku mendengar maka adanya bayang bayang pendengaran-Ku padamu.
Bila Aku melihat maka adanya bayang bayang penglihatan-Ku padamu.
Bila Aku berkata kata maka adanya bayang bayang perkataan-Ku padamu.
* Aku dengan cahaya-Ku tak akan pernah bercerai
* Aku dengan bayang bayang-Ku tak akan berpisah.
Engkau ya Nur Muhammad tetap selamanya dalam ke esaan-Ku.
Maka saksikanlah dirimu sendiri sebagai bayang bayang wujud-Ku.
Maka pandanglah dirimu sendiri sebagai keberadaan-Ku.
Maka mesrakan dirimu sendiri tiada lain melainkan wujud-Ku.
Engkau cahaya-Ku adalah hamba-Ku sebagai penzahiran-Ku adalah jalan utk memandang keberadaan Diri-Ku.
Engkau itu dlm keesaan-Ku.
Engkau itu dlm kekuasaan ku.
* Maka disaat tiada lagi wujud dirimu , maka esalah engkau dengan-Ku.
* Maka disaat engkau esa dengan-Ku , maka telah ku lenyapkan ke akuanmu.kesombonganmu.keberadaanmu.
drp segala sifat yg Aku cela. Ini kerana Aku maha suci drp kelemahan dan keburukan.