Home » » GOLONGAN YANG RUGI SETIAP KALI BERTEMU RAMADHAN

GOLONGAN YANG RUGI SETIAP KALI BERTEMU RAMADHAN

Written By RUMAH SEHAT IBNU MALKAN melayani terapi lebah, lintah, gurah, ruqyah, bekam hijamah, bio listrik, akupunktur, akupresure, diagnosa, pelatihan online on Selasa, 12 Mei 2020 | 15.58

SIAPAKAH GOLONGAN YANG RUGI SETIAP KALI BERTEMU RAMADHAN ?

🌴Mereka yang Allah panjangkan umurnya sampai ke akhir Ramadhan TETAPI membiarkan hari-hari Ramadhannya berlalu begitu sahaja tanpa amal yang bermanfa'at.

🌴Mereka yang menunggu2 waktu berbuka puasa TANPA mengambil kesempatan untuk berdoa kepada Allah di saat-saat mustajab doa.

🌴Mereka yang bangun untuk bersahur semata-mata TANPA beramal dan mendirikan solat sunat sekurang-kurangnya 2 rakaat.

🌴Mereka yang dikurniakan Allah nikmat yang berlebihan TETAPI bakhil untuk bersedekah dan menjamu orang berbuka puasa.

🌴Mereka yang mampu membaca Al Quran dan memiliki masa lapang yang panjang untuk mempelajarinya TETAPI membiarkan dirinya jauh dari Al Quran.

🌴Mereka yang sering menghadiri majlis ilmu dan memahami agama TETAPI kekal bermusuhan, berbencian dan memutuskan silaturrahim sesama Muslim.

🌴Mereka yang mengetahui bahawa Ramadhan adalah Bulan Maghfirah TETAPI tidak mengambil kesempatan memohon keampunan dari Allah.

🌴Mereka yang menyedari bahawa sepanjang Ramadhan doa dikabulkan TETAPI membiarkannya berlalu tanpa sebarang munajat.

🌴Mereka yang bersungguh-sungguh memelihara puasa dari perkara yang membatalkan TETAPI berterusan mengumpat dan menabur fitnah sesama Muslim.

🌴Mereka yang sampai umurya ke penghujung Ramadhan TETAPI tidak berusaha untuk memburu kebaikan malam AL QADAR.

Sabda Rasulullah SAW yg bermaksud; "Berapa ramai orang yang berpuasa,akan tetapi ia tidak mendapat apa-apa daripada puasanya itu kecuali rasa lapar dan dahaga sahaja. Dan berapa ramai orang yang solat malam, akan tetapi dia tidak mendapat apa-apa daripada solat malamnya itu kecuali hanya terbatas kepada berjaga malam sahaja." (HR Ibnu Majah).

silahkan disebarkan, semoga dicatat sebagai amal ibadah dan mendapatkan pahala dari ALLAH SWT.

AAMIIN ALLAHUMMA AAMIIN
Share this article :

0 komentar:

Whatsapp

facebook

twitter

Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2016. IBNU MALKAN/TERAPI LEBAH/LINTAH/AKUPUNTUR/AKUPRESUR/GURAH/RUQYAH/DIAGNOSA ONLINE/TERAPI JARAK JAUH - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger