Home » » DOA MELEMBUTKAN HATI

DOA MELEMBUTKAN HATI

Written By TABIB AGUS KONSULTAN KESEHATAN on Jumat, 21 September 2018 | 19.01

👉🏻 *DOA MELEMBUTKAN HATI*

Banyak doa yang boleh dibacakan untuk melembutkan hati, antaranya:-

1. Baca surah Al-Fatihah ayat 1-7.

Maksudnya :
[1] Dengan nama Allah, Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[2] Segala puji tertentu bagi Allah, Tuhan yang memelihara dan mentadbirkan sekalian alam.
[3] Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
[4] Yang Menguasai pemerintahan hari Pembalasan (hari akhirat).
[5] Engkaulah sahaja (Ya Allah) Yang Kami sembah, dan kepada Engkaulah sahaja kami memohon pertolongan.
[6] Tunjukilah kami jalan yang lurus.
[7] Iaitu jalan orang-orang yang Engkau telah kurniakan nikmat kepada mereka, bukan (jalan) orang-orang yang Engkau telah murkai, dan bukan pula (jalan) orang-orang yang sesat.

2. Zikir dan Doa Pelembut Hati.

Baca Ya Latif, ya Latif sebanyak  7 kali kemudian diikuti dengan membaca Surah Asy-Syura ayat 19.

اللَّهُ لَطِيفٌ بِعِبَادِهِ يَرْزُقُ مَنْ يَشَاءُ وَهُوَ الْقَوِيُّ الْعَزِيزُ

Maksudnya : "Wahai Tuhan yang Maha Pelembut. Allah Maha Lembut terhadap hamba-hambanya; Dia memberi rezeki kepada sesiapa yang Dikehendakinya dan Dialah Yang Maha Kuat lagi Maha Perkasa" (Surah Asy-Syuura ayat 19)

Baca dan tiupkan di kepala anak ketika dia tidur atau sedar, jadikan amalan lazim ketika dia masih kecil. InsyaAllah dewasa nanti mudahlah dia mendengar kata-kata ibu bapanya.

Kalau anak dah besar bacalah pada beras atau masakan yang dihidang padanya. Niat dalam hati moga anak-anak kita lembut hatinya dengan orang tuanya.

3. Baca Surah Taha ayat 1-5.

Maksudnya :
"Dengan nama Allah. Yang Maha Pemurah, lagi Maha Mengasihani.
1.  Thaahaa.
2.  Kami tidak menurunkan Al Quran ini kepadamu agar kamu menjadi susah;
3.  Tetapi sebagai peringatan bagi orang yang takut (kepada Allah),
4.  Iaitu diturunkan dari Allah yang menciptakan bumi dan langit yang tinggi.
5.  (Iaitu) Tuhan yang Maha Pemurah. yang bersemayam di atas ‘Arsy."

Kemudian baca doa pelembut hati di bawah:

🤲🏻 Doa Nabi Daud

“Allahumma laiyinli qalbahu, laiyinta li Daudal hadid”

“Ya Allah, lembutkanlah hatinya sebagaimana Kamu melembutkan Daud (akan) besi.”

Kemudian tiupkan pd air.

Doa di atas boleh digunakan untuk semua orang yang keras hati, sentiasa melawan dan tidak menurut kata. Ini termasuklah untuk melembutkan hati untuk diri sendiri. Untuk kegunaan diri sendiri, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati dan baca doa di atas. Kemudian tarik nafas perlahan-lahan hingga habis dan lepaskan. Untuk kegunaan orang lain, ketika membaca doa, letakkan tangan kanan di dada iaitu di bahagian hati orang yang meminta pertolongan tadi. Bagi orang yang meminta doa pelembut hati melalui wakil, air diberikan untuk diminum.

Semoga bermanfaat.

Share this article :

0 komentar:

facebook

twitter

Diberdayakan oleh Blogger.
 
Support : Your Link | Your Link | Your Link
Copyright © 2016. RUMAH SEHAT IBNU MALKAN - All Rights Reserved
Template Created by Creating Website Published by Mas Template
Proudly powered by Blogger