KETIKA....Aku ingin hidup KAYA,aku lupa,bahawa HIDUP ini adalah sebuah KEKAYAAN.
KETIKA....Aku takut MEMBERI,aku lupa bahawa semua yang aku miliki adalah PEMBERIAN.
KETIKA aku ingin jadi yang TERKUAT,aku lupa,bahawa dalam KELEMAHAN....kuasa-NYA memberikan aku KEKUATAN..
Ketika aku merasa RUGI,.....aku lupa,bahawa Hidupku adalah sebuah KEBERUNTUNGAN kerana Anugerah-NYA
Ternyata hidup ini sangat indah ......jika kita tahu Selalu bersyukur kepadaNYA
Ucapkanlah Syukur dalam segala hal,Bahawasanya untuk selamanya kasih setia-Nya...
"Ya Tuhanku,tunjukilah aku untuk mensyukuri ni'mat Engkau yang telah Engkau berikan kepadaku dan kepada ibu bapaku dan supaya aku dapat berbuat amal yang soleh yang Engkau redhai; berilah kebaikan kepadaku dengan (memberi kebaikan) kepada anak cucuku. Sesungguhnya aku bertaubat kepada Engkau dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri"{QS. Al Ahqof [46]:15}
'Allahumma a'inni 'ala dzikrika wa syukrika wa husni 'ibadatika'
Ya Allah anugerahkanlah pertolongan kepada kami untuk mengingat-Mu,bersyukur kepada-Mu dan beribadah yang baik kepada-Mu..Aamiin ya Rabbal'alamin